Tekanan prosodi Tekanan_(linguistik)

Tekanan prosodi atau tekanan ayat merujuk kepada corak tekanan yang digunakan pada tahap yang lebih tinggi daripada perkataan individu, iaitu dalam unit prosodi. Ini mungkin melibatkan ciri-ciri pola tekanan semula jadi yang terdapat dalam suatu bahasa, tetapi mungkin juga melibatkan penekanan pada kata-kata tertentu kerana kepentingan relatifnya (tekanan kontras).

Contoh bagi corak tekanan prosodi semula jadi adalah seperti yang diterangkan untuk bahasa Perancis di atas, yang mana tekanan jatuh pada suku kata yang terakhir akhir sepanjang ungkapan (kecuali yang berakhir dengan schwa, maka tekanan beralih kepada suku kata kedua terakhir).

Tekanan prosodik juga sering digunakan secara pragmatik untuk menekankan (menumpukan perhatian pada) kata-kata tertentu atau idea-idea yang berkaitan dengannya. Perbuatan ini boleh mengubah atau memperjelaskan makna ayat; sebagai contoh:

TekananTafsirMaksud tersirat
I didn't take the test yesterday.Bukan saya yang ambil ujian semalam.Orang lain yang ambil.
I didn't take the test yesterday.Saya tak pernah ambil ujian semalam.Saya terlepas ujian itu.
I didn't take the test yesterday.Ujian semalam bukannya saya ambil.Saya buat perkara lain dengan ujian itu.
I didn't take the test yesterday.Saya tak ambil ujian yang itu semalam.Saya ambil ujian lain.
I didn't take the test yesterday.Ujian semalam saya tak ambil.Saya ambil benda lain.
I didn't take the test yesterday.Semalam, saya tak ambil ujian.Saya ambil pada hari yang lain.